Tempat Pelancongan di Malaysia

Tempat Pelancongan di Malaysia

Sunday, 4 September 2016

10 Tempat Pelancongan di Melaka



Melaka

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri BersejarahMelaka Darul Azim atau NegeriHang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Kota A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Penemuan arkeologi
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan



Bangunan Stadthuys

Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christdi Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
The Stadthuys itu terletak dalam tembok Melaka kubu dan terletak bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini terima kasih kepada kebodohan dan vandalisme British yang berniat jahat mengarahkan kemusnahan manakala melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis, semasa Perang Napoleon.
The Stadthuys adalah sebuah kompleks besar-besaran. Dalaman bangunan ini mempunyai dua tingkat dan ia adalah 30 meter lebar. Selain menjadi rumah gabenor, Stadthuys juga termasuk Pejabat Setiausaha-kanak, bilik sembahyang, ruang makan, sebuah rumah tetamu, rumah hamba, rumah Ketua Merchant, penjara, pejabat perdagangan, gudang, halaman dan bakeri yang terpisah atau dipisahkan.Bilik rekod yang luas di Stadthuys adalah sangat sesuai untuk pemeliharaan dokumen rasmi, walaupun iklim tropika sering menjadi punca kemerosotan yang pantas kepada kertas. Dengan meter besar dinding tebal, siling yang tinggi dan jubin lantai yang besar, ia menyediakan suasana dalaman yang sejuk dan nampaknya mempunyai kesan yang kering-bilik bawah tanah.
Dengan terletaknya di Dataran Belanda, Stadthuys muncul megah dan mengagumkan dengan tingkap-tingkap besar, dengan pintu dan tangga. Di bahagian luar, terdapat langkan batu yang membawa kepada dwi tangga seterusnya ke balkoni kecil yang juga boleh diakses melalui pintu di tingkat pertama. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon.
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang miskin.Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.




The Shore Sky Tower 
 Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat.




The Pirate Adventure Melaka
The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi.
Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.




Upside Down House
Sesuai dengan namanya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalamnya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!
          






Street Art Melaka
Antara tempat menarik di Melaka adalah Banda Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise.River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka.
Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.




Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia.Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih olehJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalahBadak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.



Persiaran Jonker
Persiaran Jonker (Bahasa Inggeris: Jonker Walk) yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka, Melaka. Di sini terletak Pekan Cina yang memaparkan seni bina Baba dan Nyonya.
Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.
Pada Jun 2013, Ketua Menteri Melaka Idris Haron menutup pasar malam di sini selama sebulan atas alasan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Selain peniaga terbabit, keputusan ini turut tidak dipersetujui oleh Menteri Pelancongan Malaysia Mohamed Nazri bin Abdul Aziz memandangkan kepentingannya terhadap pelancongan di Melaka.




DATARAN 1 MALAYSIA, KLEBANG
Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat menarik di Melaka yang wajib anda pergi jika anda bercuti di Melaka. Dataran 1 Malaysia ini terletak di Pantai Klebang yang belokasi di daerah Melaka Tengah.
Dataran 1 Malaysia ini baru sahaja dibina dan mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pengujung akan berkunjung ke Dataran 1 Malaysia kerana ianya terletak di Pantai Klebang. Pantai Klebang memang menjadi tempat tarikan di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga anda.

AKTIVITI DI DATARAN 1 MALAYSIA:
BERSANTAI DI PANTAI KLEBANG DAN DATARAN 1 MALAYSIA BERSAMA KELUARGA.
Anda boleh bersantai dan bermain bersama keluarga dan sahabat anda di Pantai Klebang dan Dataran 1 Malaysia sambil menikmati permandangan pantai dan laut Selat Melaka.
MENUNGGANG KERETA KUDA
Anda dan keluarga serta sahabat boleh merasai pengalaman menunggang kereta kuda dengan menaikinya pusing keliling kawasan Pantai dan Dataran 1 Malaysia.




Muzium Kapal Selam
Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.
Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini.Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.
Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226




Video tentang pelancongan Melaka

10 tempat pelancongan di Johor



Johor

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri MelakaNegeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timurSelat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riaudibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi RiauIndonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat,Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan.Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini.Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik.Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia.Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.



LEGOLAND
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.
Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014.Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat.L



MAKAM SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor.Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini.
Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun.Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.
Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri.Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".




GUNUNG LEDANG
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka.Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini.Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka.Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin dan Gunung Telapa Burok.
Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka, daerah Ledang,Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor, bahagian barat daya Pahang seperti Keratong dan bahagian selatan Negeri Sembilan seperti Tampin, Gemencheh, Gemas, Kota dan sebahagian kawasan Jempol.Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang.




PANTAI DESARU
Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia.Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Ia ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat.Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama.Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.




PUTERI HARBOUR FAMILY THEME PARK
Puteri Harbour Family Theme Park merupakan sebuah taman tema yang dijadualkan untuk dibuka di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia pada November 2012. Taman tema ini juga menampilkan bangunan yang bertemakan kartun Hello Kitty, Bob the Builder, Barney & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends.
Sanrio Hello Kitty Town adalah taman tema Hello Kitty yang pertama di luar Jepun dengan tarikan dan aktiviti termasuklah pengalaman taman tema interaktif yang berteknologi tinggi. Pengunjung akan merasai mengalaman di Black Wonder, Wishful Studio dan juga Friendship Land yang menyediakan taman permainan dan tunggangan berbentuk cawan teh serta persembahan secara langsung di atas pentas "Purrfect".



Pulau Rawa
Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.
Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.




Pulau Sibu
Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.



Pulau Aur
Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.



Pulau Kukup
Pulau Kukup terletak di hadapan bandar Kukup, Pontian, selatan Johor . Pulau ini menjadi penampan angin kencang dari Selat Melaka ke daratan terutama Ribut Sumatera antara Mac - Mei. Pulau ini menjadi lokasi menarik bagiburung ramsar - yang terbang singgah semasa berhijrah dari benua Australia yang panas ke hemisfera utara yng lebih sejuk.
Hutannya terdiri daripada pokok bakau dan menjadi habitat untuk anak -anak ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lain-lain.Bot pancung boleh disewa di jeti Kukup jika ingin menikmati keindahan hutan pokok bakau dan meninjau kehidupan nelayan pantai.
Pulau Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak tidak jauh dari Tanjung Piai iaitu bahagian paling selatan benua Asia. Tidak lengkap kunjungan ke Tanjung Piai tanpa singgah ke pekan Kukup yang mempunyai tarikan dan sejarahnya tersendiri.Pulau Kukup yang terletak di perairan Selat Melaka lebih dikenali sebagai satu lagi taman negara di dalam Negeri Johor.
Seperti Tanjung Piai, Pulau Kukup yang mempunyai keluasan 1,447 hektar turut mendapat pengiktirafan sebagai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar). Pengurus Ramsar Taman Negeri Johor, Siti Nur Azimah Abdul Wahab memaklumkan bahawa Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia.
Kawasan hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada keseluruhan hutan bakau di negara ini.







Video tentang pelancongan di Johor

10 Tempat pelancongan di Sabah

Sabah

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.


PULAU SIPADAN
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

  


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia.Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.




KUNDASANG
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu.Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini.Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi member keselesaan kepada kepada pelancong.



KOLAM AIR PANAS PORING
Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.


  

GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oseania.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah.Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri.Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

  


Pantai Tanjung Aru 
Pantai Tanjung Aru, yang terletak di dalam daerah Kota Kinabalu kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:
 Pantai Pertama (Beach One): Dibangunkan oleh konsortium Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, restoran, bengkel tatu dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.
Pantai Kedua (Beach Two):Pantai ini mempunyai "inline skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding dengan pantai pertama.
Pantai Ketiga (Beach Three):Kawasan luar pantai di Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.




HUTAN SIMPANAN SEPILOK
Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan.Di sini terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah.Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,294 hektar.Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu. 
Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara.Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini.Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam. 
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia.Program pemulihan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka.Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya.Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Binatang lain yang dilindungi adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan juga Buaya yang dapat hidup bebas di pusat ini.



PULAU MABUL
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia.Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.
Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton .Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi.Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'.Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut lain.

  

LONG PASIA
Long Pasia merupakan perkampungan etnik suku Lun Bawang/Lun Dayeh .Nama Long Pasia diambil sempena dalam bahasa Lundayeh.Long bermaksud muara sungai, pa bermaksud abpa iaitu air dan sia bermaksud mesia iaitu merah. Kg Long Pasia ini juga boleh dikenali sebagai Kampung muara sungai air merah yang terletak di pendalaman Sabah yang bersempandan dengan negeri Sarawak dan Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia.



SUNGAI PADAS
Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur.
Ada sebuah landasan kereta api menuju ke ulu Sungai Padas. Istimewanya sungai ini ialah kereta api dibina di sepanjang Sungai Padas. Aktiviti berkayak atau naik bot belon (White Water Rafting) menyusuri Sungai Padas ini amat menarik sekali.



Video tentang pelancongan di Sabah