Tempat Pelancongan di Malaysia

Tempat Pelancongan di Malaysia

Sunday, 4 September 2016

10 Tempat Pelancongan di Perak

Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia. Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysiaselepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.Negeri Perak bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau SumateraIndonesia di barat daya.

STESEN KERETAPI IPOH
Stesen Keretapi Ipoh merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak.Stesen Keretapi Ipoh terletak di bandar Ipoh, Perak.Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal.Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya.Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong.
Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sejarah kereta api Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada masa itu ialah Perak State Railway.
Pada tahun 1901, setelah sistem perhubungan kereta api bersambung dengan negeri-negeri lain, ia dinamakan sebagai Federated Malay State Railway, dan pada tahun 1946 namanya ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu.Sekali lagi pada tarikh 1 Ogos 1992, Keretapi Tanah Melayu telah diperbadankan dan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hingga ke hari ini.



PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka.Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang.Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
1.       Kubu Belanda
2.       Tokong Fu Ling Kong
3.       Kota Belanda
4.       Batu bersurat
5.       Pantai Puteri Dewi
6.       Pantai Pasir Bogak
7.       Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.




ZOO TAIPING
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964.Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan.Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies.
Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi.
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia.




MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak.Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885.Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.




MUZIUM PERAK
Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu.Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.




LOST WORLD OF TAMBUN
Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di Tambun, Perak berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia.




HUTAN LIPUR ULU KINTA
Hutan Lipur Ulu Kinta terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.Ia terletak 12 km dari Ipoh dan boleh naik bas ke Tanjung Rambutan di Medan Kid, Ipoh.Hutan Lipur Ulu Kinta telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan.Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang sangat penting bagi membekalkan air minuman kepada penduduk sekitar kawasan ini. Sebuah kolam air terbina di sini berdekatan dengan kampung orang asli.
Hutan Simpan Bukit Kinta merupakan Hutan Dipterokarp Bukit. Istimewanya hutan lipur ini ialah ia merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Korbu. Puncak Gunung Korbu adalah setinggi 3183 m, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, selepas Gunung Tahan.Hutan lipur ini diuruskan dengan baik oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, 31000 Batu Gajah.Aktiviti pendakian mestlah dimaklumkan kepada Balai Polis Tanjung Rambutanatau Markas PGA yang berdekatan dengan Bukit Kinta dengan memberikan nama, kad pengenalan, alamat, bilangan peserta, berapa lama dan bila akan balik semula. 





AIR TERJUN LATA KINJANG
Lata Kinjang merupakan air terjun yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, negeri Perak.Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.
Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.




MUZIUM GEOLOGI
Muzium Geologi ini ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen-spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil dari proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli-ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
Selain hasil pameran yang menarik, senibina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya.




ISTANA ISKANDARIAH
Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak , bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, bandar diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu.
Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933.Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam ( pointed arch) , hiasan minaret, kubah berbentuk bawang ( onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham , pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Video tentang pelancongan di Perak

6 comments:

  1. Tempat lahir saya,negeri Perak!Bangunan yang cantik serta alam sekitar yang nyaman...Saya bangga menjadi anak negeri Perak

    ReplyDelete
  2. Negeri Perak memang memiliki banyak sumber alam sekitar yang indah sekali.Ini adalah sebab negeri Perak telah menjadi tempat yang pasti perlu dilancong oleh para pelancong dari luar negara.

    ReplyDelete
  3. Saya harap saya ada peluang untuk melancong di tempat-tempat ini sedangkan saya sedang belajar di negari perak

    ReplyDelete
  4. bagusnya tempat pelancongan di negeri perak! mempunyai tempat pelancongan yang terdiri daripada alam sekitar dan bangunan, bagus👍👍👍

    ReplyDelete
  5. bagusnya tempat pelancongan di negeri perak! mempunyai tempat pelancongan yang terdiri daripada alam sekitar dan bangunan, bagus👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Wah !! Cantiknya !! teringin nak pergi la !!

    ReplyDelete