Johor
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riaudibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat,Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.
TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan.Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.


LEGOLAND
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.

MAKAM SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor.Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini.

GUNUNG LEDANG
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka.Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.


PANTAI DESARU
Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia.Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Ia ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat.Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama.Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.

PUTERI HARBOUR FAMILY THEME PARK
Puteri Harbour Family Theme Park merupakan sebuah taman tema yang dijadualkan untuk dibuka di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia pada November 2012. Taman tema ini juga menampilkan bangunan yang bertemakan kartun Hello Kitty, Bob the Builder, Barney & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends.

Pulau Rawa
Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.
Pulau Sibu
Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Aur
Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.
Pulau Sibu
Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.

Pulau Aur
Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.

Pulau Kukup
Pulau Kukup terletak di hadapan bandar Kukup, Pontian, selatan Johor . Pulau ini menjadi penampan angin kencang dari Selat Melaka ke daratan terutama Ribut Sumatera antara Mac - Mei. Pulau ini menjadi lokasi menarik bagiburung ramsar - yang terbang singgah semasa berhijrah dari benua Australia yang panas ke hemisfera utara yng lebih sejuk.

Seperti Tanjung Piai, Pulau Kukup yang mempunyai keluasan 1,447 hektar turut mendapat pengiktirafan sebagai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar). Pengurus Ramsar Taman Negeri Johor, Siti Nur Azimah Abdul Wahab memaklumkan bahawa Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia.

Kawasan hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada keseluruhan hutan bakau di negara ini.
Video tentang pelancongan di Johor
wow...cantiknya tempat-tempat melancong di Johor!
ReplyDeleteWah...cantiknya johor, saya nak pergi Legoland!!
ReplyDeleteWalaupun saya berasal dari negeri Johor,tetapi sehinggalah sekarang barulah saya tahu rupa-rupanya negeri asal saya memiliki banyak lagi tempat pelancongan yang saya tidak ketahui sebelum ini.Saya berasa amat bangga menjadi salah seorang warganegara yang berasal dari negeri Johor.
ReplyDeleteBolehkah saya mengongsikan artikel ini di blog saya?
ReplyDeletehaha
Deleterupanya begitu banyak pulau di johor...
ReplyDelete