Sabah
Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.PULAU SIPADAN
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan
Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.Pulau Sipadan merupakan
satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian
600 meter dari dasar laut.Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat
bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi
pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee),
Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan
terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti
baru yang terdapat di Malaysia.Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan
secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan
universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik
di Asia Tenggara.Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS
terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan
Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999
hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di
Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah
kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di
Sandakan.
KUNDASANG
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir
dengan Gunung Kinabalu.Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca
yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong
datang berkunjung ke Kundasang.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada
penduduk di sini. Kundasang merupakan pusat membeli belah
sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini.Manakala pelancongan menjadi
sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti
penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau,
Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang
terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian
kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang,
terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil,
Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay
bagi member keselesaan kepada kepada pelancong.
KOLAM AIR PANAS PORING
Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies
pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut
pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan
gantungnya yang unik.Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya
mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang
indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41
meter di atas pokok.Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid
di sini.
GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan
puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang
ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan
adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak
di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara
Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oseania.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit,
hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap
penduduk yang tinggal di Sabah.Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu
ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat
Sabah.Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang
misteri.Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu
merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Pantai Tanjung Aru, yang terletak di dalam daerah Kota
Kinabalu kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
(KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut
dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung
Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat
tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:
Pantai Pertama (Beach One): Dibangunkan oleh konsortium
Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan
seperti tandas, restoran, bengkel tatu dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana
dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.
Pantai Kedua (Beach Two):Pantai ini mempunyai "inline
skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding
dengan pantai pertama.
Pantai Ketiga (Beach Three):Kawasan luar pantai di Landasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pantai ketiga merupakan kawasan
pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan
merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan
pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain.
Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat
matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing
kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu
di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.Kemudahan awam
seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.
HUTAN SIMPANAN SEPILOK
Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih
kurang 24 km dari bandar Sandakan.Di sini terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang
Utan Sepilok, Sabah.Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas
4,294 hektar.Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih
kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis
pokok kayu.
Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara.Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini.Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh
Jabatan Hidupan Liar Malaysia.Program pemulihan orang utan ini bertujuan
mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram
ke alam semula jadi mereka.Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi
peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya.Pelawat ke pusat
itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya.
Binatang lain yang dilindungi adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing
Hutan dan juga Buaya yang dapat hidup bebas di pusat ini.
PULAU MABUL
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri
Sabah, Malaysia.Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.
Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu
karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana
banyaknya makanan plankton .Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai
pentas benua di Laut Sulawesi.Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk
aktiviti 'scuba diving'.Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita,
cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut lain.
LONG PASIA
Long Pasia merupakan perkampungan etnik suku Lun Bawang/Lun
Dayeh .Nama Long Pasia diambil sempena dalam bahasa Lundayeh.Long bermaksud
muara sungai, pa bermaksud abpa iaitu air dan sia bermaksud mesia iaitu merah.
Kg Long Pasia ini juga boleh dikenali sebagai Kampung muara sungai air merah
yang terletak di pendalaman Sabah yang bersempandan dengan negeri Sarawak dan
Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia.
SUNGAI PADAS
Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur.
Ada sebuah landasan kereta api menuju ke ulu Sungai Padas. Istimewanya sungai ini ialah kereta api dibina di sepanjang Sungai Padas. Aktiviti berkayak atau naik bot belon (White Water Rafting) menyusuri Sungai Padas ini amat menarik sekali.
Video tentang pelancongan di Sabah
Video tentang pelancongan di Sabah
Pengenalan tentang tempat-tempat amat menarik.
ReplyDeleteSaya sangat suka negeri Sabah kerana tempat ini sangat cantik Dan kaya dengan pelbagai fauna dan flora .
Walaubagaimanapun, masalah keganasan yang berlaku di Sabah diharapkan dapat diatasi supaya laut yang cantik di Sabah dapat dikunjungi oleh lebih banyak pelancong .
Impian saya!!!Universiti Malaysia Sabah!!Laut yang cantik...Saya nak peegi melancong di Sabah!!
ReplyDeleteWalaupun saya tidak pernah pergi ke negeri Sabah, tetapi selepas membaca artikel ini telah mendorong keinginan saya untuk melancong di Sabah pada masa akan datang.
ReplyDeleteTerima kasih saya ucapkan kepada admin blog kerana telah mengenalkan tempat-tempat pelancongan yang agak menarik ini
ReplyDeletecantiknya tempat pelancongan di sabah...
ReplyDeletecantiknya tempat pelancongan di sabah...
ReplyDelete