Melaka
Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau NegeriHang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.
Kota A Famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa
Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di
Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika
Istana Kesultanan Melaka dan
Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina
Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Penemuan arkeologi
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai
Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan
Bangunan Stadthuys
Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa
Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christdi Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
The Stadthuys itu terletak dalam tembok Melaka kubu dan terletak bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini terima kasih kepada kebodohan dan vandalisme British yang berniat jahat mengarahkan kemusnahan manakala melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis, semasa Perang Napoleon.

The Stadthuys adalah sebuah kompleks besar-besaran. Dalaman bangunan ini mempunyai dua tingkat dan ia adalah 30 meter lebar. Selain menjadi rumah gabenor, Stadthuys juga termasuk Pejabat Setiausaha-kanak, bilik sembahyang, ruang makan, sebuah rumah tetamu, rumah hamba, rumah Ketua Merchant, penjara, pejabat perdagangan, gudang, halaman dan bakeri yang terpisah atau dipisahkan.Bilik rekod yang luas di Stadthuys adalah sangat sesuai untuk pemeliharaan dokumen rasmi, walaupun iklim tropika sering menjadi punca kemerosotan yang pantas kepada kertas. Dengan meter besar dinding tebal, siling yang tinggi dan jubin lantai yang besar, ia menyediakan suasana dalaman yang sejuk dan nampaknya mempunyai kesan yang kering-bilik bawah tanah.

Dengan terletaknya di Dataran Belanda, Stadthuys muncul megah dan mengagumkan dengan tingkap-tingkap besar, dengan pintu dan tangga. Di bahagian luar, terdapat langkan batu yang membawa kepada dwi tangga seterusnya ke balkoni kecil yang juga boleh diakses melalui pintu di tingkat pertama. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang miskin.Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
The Shore Sky Tower
Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat.
The Pirate Adventure Melaka
The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi.
Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.
Sesuai dengan namanya, semua benda di dalam dunia
Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalamnya adalah seperti rumah biasa sahaja,
terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu,
dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!
Street Art Melaka
Antara tempat menarik di Melaka adalah Banda Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise.River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka.
Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.
Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia.Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih olehJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalahBadak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
Persiaran Jonker (Bahasa Inggeris: Jonker Walk) yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka, Melaka. Di sini terletak Pekan Cina yang memaparkan seni bina Baba dan Nyonya.
Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.
Pada Jun 2013, Ketua Menteri Melaka Idris Haron menutup pasar malam di sini selama sebulan atas alasan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Selain peniaga terbabit, keputusan ini turut tidak dipersetujui oleh Menteri Pelancongan Malaysia Mohamed Nazri bin Abdul Aziz memandangkan kepentingannya terhadap pelancongan di Melaka.
DATARAN 1 MALAYSIA, KLEBANG
Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat menarik di Melaka yang wajib anda pergi jika anda bercuti di Melaka. Dataran 1 Malaysia ini terletak di Pantai Klebang yang belokasi di daerah Melaka Tengah.
Dataran 1 Malaysia ini baru sahaja dibina dan mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pengujung akan berkunjung ke Dataran 1 Malaysia kerana ianya terletak di Pantai Klebang. Pantai Klebang memang menjadi tempat tarikan di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga anda.
AKTIVITI DI DATARAN 1 MALAYSIA:
BERSANTAI DI PANTAI KLEBANG DAN DATARAN 1 MALAYSIA BERSAMA KELUARGA.
Anda boleh bersantai dan bermain bersama keluarga dan sahabat anda di Pantai Klebang dan Dataran 1 Malaysia sambil menikmati permandangan pantai dan laut Selat Melaka.
MENUNGGANG KERETA KUDA
Anda dan keluarga serta sahabat boleh merasai pengalaman menunggang kereta kuda dengan menaikinya pusing keliling kawasan Pantai dan Dataran 1 Malaysia.
Muzium Kapal Selam
Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.
Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini.Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.
Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226
Video tentang pelancongan Melaka